aq di bumi hijau

aq di bumi hijau

Khamis, 3 Februari 2011


Keajaiban Abad Ke-21

Banyak sangat perkara yang pelik telah terjadi pada abad ke-21 ni.Namun tidak semua yang kita ketahui.Mari kita lihat sedikit sebanyak keajaiban yang aku korek.Korek(copy name blog orang sat)

Keajaiban 1 = Highway menggunakan air.


Mesti korang pelik kan,sebelum nie asyik highway jalan raya jer.Sekarang ni da siap ada highway air lagi.Tapi kat Thailand aku rase dah biasa la,tapi xla macam yang dalam gambar nie kan.Ok,ni sedikit info tentang highway air ini.Ia terletak di Magdeburg, Jerman dan menelan kos sebanayak 500Juta Euro.Highway air ini juga memakan masa pembinaan selama 6 tahun.





Ini adalah jambatan untuk highway air ni.



Keajaiban 2 = Kapal yang terbesar di dunia

Sekarang kapal lak,entry lepas Mesin Pengorek Terbesar Di Dunia.Haish,abes da idea aku ni.Layankan aje la,tapi kategori kapal la bukan Cruise.Karang ada pulak yang nak membantah.Kapal bukan sebarang kapal,kapal datang dari Norway!.


Jauh kutip maklumat tentang kapal ni untuk dikongsikan bersama dengan pembaca setia.Ok,mari korek sikit maklumat tentang kapal ini.Kapal ini adalah kapal pengangkut.Abes semua benda dia nak angkut.Ini contoh-contoh benda yang die telah berjaya angkut.


Ini adalah kapal pemusnah USS Cole yang telah dikutip balik ke US sebab tersngkut dengan pengebom mati di Yamen.

Ini pula radar tentera yang di angkut.Maklumat Radar tentera.



Inilah dia platform minyak.Cara kapal ini mengangkat benda-benda nie semua adalah semudah 1,2 dan 3.

1.Tenggelamkan di dasar

2.Kapal dinaikkan


 3.Menuju ke destinasi


Keajaiban 3 = Kincir angin di tengah laut
Kincir angin ini telah dibina di Denmark.Untuk pengetahuan korang,Denmark adalah taiko dalam bidang kincir angin semenjak tahun 1970.Kincir angin ini menghasilkan sebanyak 18.9% tenaga elektrik.Lebih lanjut.



Berikut adalah gambar bagaimana ia diangkut dan dibina.



Senarai Ciptaan Manusia Yang Paling Mahal Di Dunia

Di sini adalah antara objek-objek yang mahal dicipta manusia. Mari kita lihat:

1.International Space Station


Objek ini berada di kawasan bawah orbit Bumi ataupun senang cerita di angkasa lepas.  Nilai harga untuk menyiapkkan objek ini sahaja menelan belanja sebanyak USD 157 Billion.  Objek ini dibina unutk dijadikan sebagai stesen angkasa lepas.  Namun objek ini masih lagi dalam proses pembaik pulih dan dijangka akan siap di bina pada 2011.  Boleh la kita pasni naik ke bulan pulak~

Lebih lanjut

2.Itaipu Dam


Berikut adalah Itaipu Dam yang terletak di Paraguay.  Itaipu Dam ini adalah sebuah empangan hidroelektrik yang dibina dengan kerjasama antara Paraguay dan Brazil.  Ianya di bina di Parana River dan menelan belanja sebanyak USD 27 Billion. Empangan ini siap dibina pada tahun 1984.  Aku pon tak lahir lagi.  Hebat betul lah diorang ni.


3.Three Gorgeous Dam


Ini pula merupakan empangan yang terbesar di dunia yang telah dibina di Sandouping, China.  Empangan ini menelan belanja sebanyak USD 25 Billion.  Namun, ianya dijangka siap pada tahun 2011.  Semua nak buat empangan terbesar jer. Manusia...tak pernah cukup. Hish!

Lebih lanjut

4.  Kansai International Airport



Ini adalah lapangan kapal terbang yang telah dibina pada tahun 1994.  Ianya terletak di Osaka Bay, Japan.  Kos pembinaan lapangan ini sahaja adalah sebanyak USD 15 Billion.  Sebab utama dibina Airport ini adalah kerana kekuranagan kawasan tanah yang dimiliki Jepun.  So lepas ni, Singapore nak tiru ke tidak agaknya ek?


5. Channel Tunnel


Terowong Channel yang berukuran sejauh 50.5 km ini merupakan terowong keretapi dasar laut yang terpanjang di dunia. Terowong ini menghubungkan kawasan Folkestone, Kent berhampiran Dover yang terletak di UK dengan kawasan Calais yang terletak di Utara Perancis! Terowong yang dibina merentasi dasar Selat Dover ini menelan kos pembinaan sebanyak USD 15 billion. Pada tahun 2007, Terowong Channel yang telah dibina pada tahun 1994 ini disenaraikan didalam Senarai Tujuh Keajaiban Dunia Moden (Sumber).

Lebih lanjut

6. Palm Jumeirah


Palm Jumeirah ini merupakan satu kawasan kepulauan buatan manusia yang terletak di Dubai. Seperti yang kita maklum, Dubai sekarang ini memang terkenal dengan kegilaan mereka untuk mereka dan membina segala jenis bangunan yang paling pelik, paling moden, paling besar ataupun paling tinggi. Pulau yang berbentuk pokok palma yang menelan belanja kos pembinaan sebanyak USD 12.3 billion ini dijangka akan menjadi antara Destinasi Percutian utama dunia. 

Rabu, 22 Disember 2010

Kitab al-Quran ditulis guna 24 liter darah Saddam Hussein

Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar), lapor sebuah akhbar semalam.
Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.
Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.
Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.
Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.
Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.
Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.
Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.
Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan

Sabtu, 27 November 2010

kopi bergula bagus untuk otak

Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak,
Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.
Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.
Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.
Menurut kajian itu, kopi manis merupakan cara terbaik untuk menyediakan otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan.

Isnin, 22 November 2010

Filem Harry Potter cecah kutipan RM190.5 juta

Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 berjaya mencatat kutipan sebanyak AS$61.2 juta (RM190.5 juta) pada hari pertama tayangannya.
Tayangan pembukaan pada hujung minggu lalu mencatatkan kutipan terbaik dalam siri filem Harry Potter sebelum ini.
Tayangan pada Jumaat lalu, meletakkan Deathly Hallows di landasan yang betul untuk melepasi kutipan filem sebelumnya, Harry Potter and the Goblet of Fire yang mencatatkan jualan tiket mencecah AS$102.7 juta (RM319.7 juta) pada tahun 2005.
Filem terbaru Harry Potter itu menduduki tempat kelima dalam carta box-office bagi kutipan terbesar pada hari pembukaan.
Ia berada di belakang filem The Twilight Saga: New Moon yang mencatat kutipan sebanyak AS$72.7 juta (RM226.3 juta).
Sementara itu, filem The Twilight Saga: Eclipse mendapat kutipan sebanyak AS$68.5 juta (RM213 juta), filem The Dark Knight sebanyak AS$67.2 (RM209.1 juta) dan filem Transformers: Revenge of the Fallen sebanyak AS$62 juta (RM193 juta).
Francais filem Harry Potter telah menjana pendapatan sebanyak AS$5.5 bilion (RM17.1 bilion) sejak filem pertamanya ditayangkan pada tahun 2001.
Filem terbaru Harry Potter itu adalah berdasarkan bahagian pertama novel ketujuh Harry Potter karya J.K Rowling.
Filem terakhir, Deathly Hallows: Part 2 dijangka ditayangkan pada Julai tahun depan

Sabtu, 20 November 2010

mekah dilanda banjir

MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.
Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.
Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.
Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.
Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.
Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.
Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.
Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.
Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun
Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.
Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.
Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini.

Selasa, 19 Oktober 2010

lagi ufo

satu cahaya seperti bulatan kecil bergerak di langit pada waktu malam sebelum berpecah menjadi tiga cahaya.
Setiap satu cahaya mempunyai ekor di belakangnya.
Cahaya-cahaya itu kemudian bercantum menjadi tiga titik seperti sebuah segitiga.
Segitiga itu adalah sama seperti imej yang dilihat .
Seterusnya, cahaya keempat muncul
Semua cahaya itu berlegar-legar di udara sebelum tiba-tiba ia hilang.
Ekoran persekitaran waktu malam yang gelap pada masa itu, mustahil cahaya-cahaya itu merupakan belon.
Rakaman fenomena cahaya itu mencetuskan spekulasi meluas terutamanya selepas sebuah stesen berita menunjukkan bahawa ia menyerupai beberapa cahaya ganjil yang dilihat .
Tiba-tiba, objek itu berpecah menjadi tiga bahagian.
Objek-objek itu dipercayai sebagai belon Tiga objek itu kemudian bercantum menjadi tiga titik dan berlegar-legar seperti kejadian di El Paso.
Namun, sehingga kini, penjelasan yang memuaskan masih belum diperoleh berhubung objek berkenaan.
Ramai pula yang memberi penjelasan daripada sudut ketenteraan.
Pengguna-pengguna Internet lain pula memberitahu, cahaya-cahaya ganjil itu sebenarnya pasukan payung terjun yang mengadakan latihan untuk satu pertunjukan pada waktu malam...