aq di bumi hijau

aq di bumi hijau

Rabu, 22 Disember 2010

Kitab al-Quran ditulis guna 24 liter darah Saddam Hussein

Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar), lapor sebuah akhbar semalam.
Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.
Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.
Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.
Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.
Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.
Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.
Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.
Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan

Sabtu, 27 November 2010

kopi bergula bagus untuk otak

Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak,
Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.
Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.
Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.
Menurut kajian itu, kopi manis merupakan cara terbaik untuk menyediakan otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan.

Isnin, 22 November 2010

Filem Harry Potter cecah kutipan RM190.5 juta

Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 berjaya mencatat kutipan sebanyak AS$61.2 juta (RM190.5 juta) pada hari pertama tayangannya.
Tayangan pembukaan pada hujung minggu lalu mencatatkan kutipan terbaik dalam siri filem Harry Potter sebelum ini.
Tayangan pada Jumaat lalu, meletakkan Deathly Hallows di landasan yang betul untuk melepasi kutipan filem sebelumnya, Harry Potter and the Goblet of Fire yang mencatatkan jualan tiket mencecah AS$102.7 juta (RM319.7 juta) pada tahun 2005.
Filem terbaru Harry Potter itu menduduki tempat kelima dalam carta box-office bagi kutipan terbesar pada hari pembukaan.
Ia berada di belakang filem The Twilight Saga: New Moon yang mencatat kutipan sebanyak AS$72.7 juta (RM226.3 juta).
Sementara itu, filem The Twilight Saga: Eclipse mendapat kutipan sebanyak AS$68.5 juta (RM213 juta), filem The Dark Knight sebanyak AS$67.2 (RM209.1 juta) dan filem Transformers: Revenge of the Fallen sebanyak AS$62 juta (RM193 juta).
Francais filem Harry Potter telah menjana pendapatan sebanyak AS$5.5 bilion (RM17.1 bilion) sejak filem pertamanya ditayangkan pada tahun 2001.
Filem terbaru Harry Potter itu adalah berdasarkan bahagian pertama novel ketujuh Harry Potter karya J.K Rowling.
Filem terakhir, Deathly Hallows: Part 2 dijangka ditayangkan pada Julai tahun depan

Sabtu, 20 November 2010

mekah dilanda banjir

MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.
Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.
Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.
Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.
Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.
Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.
Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.
Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.
Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun
Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.
Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.
Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini.

Selasa, 19 Oktober 2010

lagi ufo

satu cahaya seperti bulatan kecil bergerak di langit pada waktu malam sebelum berpecah menjadi tiga cahaya.
Setiap satu cahaya mempunyai ekor di belakangnya.
Cahaya-cahaya itu kemudian bercantum menjadi tiga titik seperti sebuah segitiga.
Segitiga itu adalah sama seperti imej yang dilihat .
Seterusnya, cahaya keempat muncul
Semua cahaya itu berlegar-legar di udara sebelum tiba-tiba ia hilang.
Ekoran persekitaran waktu malam yang gelap pada masa itu, mustahil cahaya-cahaya itu merupakan belon.
Rakaman fenomena cahaya itu mencetuskan spekulasi meluas terutamanya selepas sebuah stesen berita menunjukkan bahawa ia menyerupai beberapa cahaya ganjil yang dilihat .
Tiba-tiba, objek itu berpecah menjadi tiga bahagian.
Objek-objek itu dipercayai sebagai belon Tiga objek itu kemudian bercantum menjadi tiga titik dan berlegar-legar seperti kejadian di El Paso.
Namun, sehingga kini, penjelasan yang memuaskan masih belum diperoleh berhubung objek berkenaan.
Ramai pula yang memberi penjelasan daripada sudut ketenteraan.
Pengguna-pengguna Internet lain pula memberitahu, cahaya-cahaya ganjil itu sebenarnya pasukan payung terjun yang mengadakan latihan untuk satu pertunjukan pada waktu malam...

Isnin, 18 Oktober 2010

robot menari

Penyelidik-penyelidik di Institut Lanjutan Sains dan Teknologi Jepun mencipta robot wanita yang boleh menyanyi dan menari serta dikawal dengan tetikus.
Robot nee  dinamakan HRP-4C itu dipamerkan pada Ekspo Kandungan Digital di Tokyo semalam.
Dengan menggunakan tetikus komputer, pengguna dengan mudahnya boleh mencipta pergerakan robot itu seperti menari dan melompat.
Satu perisian yang dicipta akan mengira jangkaan pergerakan robot itu seperti bila ia bakal melompat.
"Dengan perisian itu, kita berharap akan menjadikan robot bergerak, menyanyi dan berjalan dalam satu pertunjukan 

Sabtu, 16 Oktober 2010

iphone termahal

Sepasang telefon bimbit pintar iPhone Edisi Ros Berlian dipercayai merupakan iPhone termahal di dunia.
kedua-dua iPhone 4 32GB berkenaan dihasilkan oleh seorang pembekal di Liverpool, Stuart Hughes.
Koleksi itu ditempah oleh seorang warga Australia pada harga mencecah AS$8 juta (RM24.6 juta).
Setiap telefon berkenaan ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat.
Badannya pula disaluti emas dan platinum manakala bingkainya diperbuat daripada granit.


wou......mahal gler...7 kturunan xdapat ble g...
bkn 7 kturnan 14 pn lm tettu g....

Isnin, 11 Oktober 2010

class abis lmbat

hari nee..sangat letih....kelas abis kul 5...tp melarat2 smpai kul 5.30...nasib g seminggu jer...hahaha...saat yang aq tunggu dari 2 tahun lpas...smoga aper yang aq bajo dirahmati dan diberkati..

Jumaat, 8 Oktober 2010

cmbu yang melampau

SIFAT cemburu yang melampau  hahaha...kata owang sebagai punca perbalahan antara pasangan...emmm.
 penangan cemburu bukan sahaja mencambah perasaan syak wasangka bahkan turut mengikis rasa percaya antara satu sama lain. rasanya kowt...huhuhuhu...
Bermula dengan syak dan cemburu di tahap sederhana, keadaan itu boleh berubah menjadi cemburu melampau apabila sentiasa menganggap pasangan curang berdasarkan pelakuan, cara berkomunikasi atau rutin harian yang dirasakan telah berubah. betul jgak kan...hahahaha
“Pada tahap ekstrem, individu yang tidak bijak mengawal perasaan boleh mendapat cemburu morbid iaitu individu tersebut sepanjang masa percaya pasangannya curang. so jgnlah cmbru mlampauy...jgalah hbgan yang mesra seperti mle2 knal...msti best...

Selasa, 5 Oktober 2010

serpihan roket jatuh dari langit

Penduduk di sebuah kampung di mukim Suichuan, China terkejut selepas mereka melihat beberapa serpihan logam jatuh dari langit pada waktu malam, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada mulanya penduduk kampung itu menganggap berlaku gempa bumi pada tengah malam selepas mereka mendengar dua bunyi letupan yang kuat, baru-baru ini.
Namun, selepas bangun pada waktu pagi, mereka melihat beberapa serpihan logam yang dipercayai serpihan sebuah roket China yang dilancarkan ke bulan.
Serpihan logam itu jatuh dari langit setelah roket Long March 3C yang membawa kapal peninjau pesawat ke bulan, Chang'e II berlepas ke angkasa lepas dari sebuah pusat pelancar roket di wilayah Sichuan, China pada malam Jumaat lalu.
Tidak ada seorang pun dipercayai mengalami kecederaan akibat terkena serpihan itu.
Askar-askar China turut mengalihkan serpihan logam itu untuk dipindahkan ke tempat lain

knpa xpgl kompter pangku...waupn tahu ader kesan meriba komputer

walaupun nama komp[ter riba...aq nak sarankan jgn ltak kat atas riba...bahaya...ha lau nak twu... re neee aq dapat tahu fakta best.....sbab bnda nee da rmai tang gna....kpada Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat yang di wt 2..... ini kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, bkan aq nak ctr tpu neee...btul2....neee...menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.
Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
ade g kes...dimana Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.
Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.


 


Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.lbih panas dari bahang oven mak aq....
Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal...lg2 lau orang glap dah c rupa orang r....hahaha.
Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, pula kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.
Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca...ingat...jgn ltak kmptr ats riba...tp napa orag panggil komptr riba sedangkan xbleh ltak atas riba...pgllah kompter pangku ker...kn best...hahahaha...pikir2kan lah...

Ahad, 3 Oktober 2010

tiada angrah untuk si perokok

Mulai tahun ini, Jabatan Kesihatan Kedah telah menetapkan hanya warga kerja jabatan itu yang tidak merokok akan dipertimbangkan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang.
 biarpun seseorang kakitangan itu bertugas dengan cemerlang tetapi mereka tetap tidak berpeluang untuk menerima anugerah tersebut jika mereka merupakan seorang merokok.
langkah itu diambil bagi membasmi tabiat merokok di kalangan warga kerja jabatan itu.
“Jadi, kita mengambil inisiatif ini supaya mereka (kakitangan kesihatan) mengurangkan pengambilan rokok dan sekali gus berhenti merokok,” katanya selepas majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia peringkat negeri di Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam

orang lemaskn kucing

cter neee blaku kat emmm sy pn lpa pt ner... Seorang suri rumah, Julie Carter bakal dihukum penjara oleh seorang majistret selepas dia melemaskan lapan ekor kucing peliharaannya.
Suri rumah itu memberitahu Persatuan Diraja bagi Perlindungan Haiwan (RSPCA) bahawa dia telah membunuh seekor demi seekor kucingnya di dalam sebuah bekas mandian bayi.
Carter, 43, mendakwa dia sudah tidak mampu untuk membayar cas bil panggilan telefon bagi mencari rumah baru untuk kucing peliharaannya itu.
Dia telah diarahkan untuk membuang sebahagian daripada 11 ekor kucing yang dipeliharanya oleh pekerja persatuan pembeli rumah yang mengesan bau hancing kencing kucing yang kuat di dalam rumahnya.
Carter mengaku membunuh semua kucingnya kerana menganggap dia tidak mempunyai pilihan lain lagi.
Bangkai lima ekor haiwan itu ditanam di halaman rumah Carter di Bicester dan tiga lagi di rumah ibunya.
Dia akan dihukum penjara pada 29 Oktober depan...dari bunuh kucin...lg bek bunuh diri dendri...xder pri kmanusiaan lgsung........

Kamera video rakam UFO

blaku d chelse....Seorang lelaki, Bob Atkins secara tidak sengaja merakamkan video objek tidak dikenali (UFO) di Roanhead, Cumbria, Britain.
Dia membuat rakaman itu semasa sedang merakamkan video seekor anjingnya bermain di dalam sebuah kolam, pada 23 Julai tahun lalu.
Lelaki itu mengesan objek itu semasa dia melihat rakaman semula anjingnya bermain dalam gerak perlahan.
Seorang pakar UFO, Pat Regan berkata, objek itu mungkin sebuah pesawat tentera dan tidak menafikan ia mungkin milik makhluk asing.
"Terdapat banyak aktiviti UFO di daerah Cumbria. Namun, saya berasa kagum dengan bentuk objek yang dirakamkan oleh Bob.
"Ia (objek itu) merupakan bentuk silinder yang cukup sempurna," kata Regan.
Menurutnya, UFO itu muncul di skrin dalam tempoh kira-kira satu saat dan ia hanya boleh dilihat apabila imej gerak perlahan video itu dihentikan.

Selasa, 21 September 2010

pulang lbih awal dari biasa

re nee...aq nak becrita....skit jer x bnyak pn...dlu kalau best clas jer msti ptang tp skawang dah x sampai ptang...kalau cum neee samapai aq abis bajo....msti tersenyum lbar lah aq hari...maner xnyer hati snang smua blh jalan...huhuhuhu....yang pnting enjoi masa stady....kata anak sedara aq....blajar biar lpak...tp kputusan msti nak gmpak....aq twu neee ayat dah basi...tapi nak wat cum ner...dah nee jer yang boleh aq gnakan....xper ler...jnji aq gmbra n all my frnd pn trut gmbra........2 yang pling pnting bagi aq....baru ada keserasian lau blajo...huhahaha...lau aq x update blogneee...t mis aq potong markah...emmmmmmm xnak ler....hehehehe

Sabtu, 11 September 2010

hari raya ke-3

jup jer raya dah masuk hari ke-3....mlam neee nak beraya...umah saudara yang terdekat....sape nak join jum lah...hahahaha....tp bwak kerta sendwi,....hahaha